Lain Orang, Lain Perangai..





 KONGSI CERITA


Kadangkala kita susah nak menilai orang dari luaran. Sebab setiap orang punya personaliti yang berbeza. Kita nampak orang tu negatif tapi dalamannya, dia lebih bijak untuk berfikiran positif. Ada pula yang kita nampak semuanya serba baik tapi dalamannya penuh dengan aura negatif. Ada pula yang memang baik, didalamannya tetap baik dan ada yang jahat, luarnya pula tetap jahat.


Saya percaya dengan aura positif !
Sebab itu yang saya rasa baik kalau nak dapat kehidupan yang sihat. Sebenarnya saya sangat rimas dengan suasana negatif. Macam payah nak cari oksigen kat bumi ni. Then rasa macam tersekat pula dengan benda negatif yang tak putus2 nak buat kita jadi gelisah, tak tenteram..


Tapi kadangkala ada perkara yang memang kita tak dapat elak.  Kemanapun kita nak lari, kita tetap berdepan dengan situasi orang yang negatif. Kenapa? Sebab ia dah tertulis dalam suratan takdir. (Musim dugaan).


Ya, memang tak tahan sangat. Betul2 rasa sangat sakit hati dan terguris bila berdepan dengan orang yang terlalu sinis dengan kata2, sinis dengan perangai yg menyakitkan manusia..


Andai misalnya kalau korang yang berdepan dengan manusia macam tu, apa yang akan korang buat ?

1. Sindir balik kat mana2 media
2. Terus tegur dan cakap je depan orang tu.
3. Tak banyak cakap, datang je kat tempat orang tu, terus tumbuk xD
4. Pilih berdiam dan menjauh.




Kalau saya sudah tentu saya pilih untuk berdiam. Tapi diam bukan bermakna jadi orang yang dianggap "mudah diperbodohkan". Saya cuba bertindak cara baik. Kawal emosi dan sabar. Fix hati sendiri dan berdoa. (Saya pun orangnya tak sempurna tp saya selalu amalkan doa sebagai senjata hidup..hehehe ) apa yang saya tahu, orang yang negatif ni takkan lama nak buat jahat kat kita.


Sebabnya kita semua ni pasti akan ditimpa dugaan yang tidak dapat dijangka. Kalau orang negatif tu selalu buangkan masa mereka nak buat berbusuk hati kat kita, lama2 dia akan disedarkan semula dengan timpaan dugaan yg mendadak dan lebih berganda. Dari sini, barulah mereka dapat belajar dari kesilapan sendiri. Kalau kita balas macam pun, ia tak ada kesudahan.


Ibarat "What comes around comes around"..


Anyway, masing2 ada cara tersendiri nak handle masalah macam ni.
Dulu2 saya selalu terfikir, kenapa kita buat baik tapi orang lain tetap akan pandang serong, tetap busuk hati ? Kenapa orang yang mulut puaka tetap menjadi sokongan, disanjung benar bila berani menyindir orang,.


 Tapi akhirnya pilihan saya hanya mahukan life yang berjalan di dunia yang positif. Kalau dah terjumpa orang bertabiat teruk, sediakanlah diri dengan pelbagai senjata. Hidup ni perlu ada penelitian dan penilaian awal tp biarlah tindakan kita itu disimpan dalam hati sebagai berjaga-jaga melindungi diri dari perkara yang tak baik. Kalau kita terus bertindak negatif dan terus bagitau dengan orang lain, ahh, itu dah jadi fitnah pula. beratlah hidup nak tenang.

Share:

34 comments

  1. Kalau saya pun saya akan jadi macam rocky. Diam dan menjauh, malas nak ada konflik bila berhadapan. lagipun orang ni kalau kita tak layan and jauhkan diri dari dia barulah dia mula reflect apa salah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. sebab kalau bertekak, berbalas antara satu sama yang lain..cerita ni takkan habis. asyik rasa tak puas hati je. Tapi susah juga kalo nak handle macam ni.. Kita dahlah disakiti, lepas tu kita kena sabar pula..

      Delete
  2. Betul tu, kalau hidup sentiasa dalam lingkungan orang negatif, sampai bila pun takkan maju.... kalau saya, saya akan pangkah balik dengan hujah saya... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sebab itulah baik jangan dekat2 dengan yang negatif. banyak lagi nak difikir selain daripada fikir pasal orang yg begini. Jadi life pun dapat gapai dgn kita mahu..hehhee

      Delete
  3. Fitnah tu yg skrg semakin berleluasa skrg ni. Semoga dijauhkan dr kita ye dear 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah sekarang bukan alang2. main viral2 dah skg. Amin, jauh2kanlah..

      Delete
  4. Betul tu awak. Kalau berhadapan dgn org bermasalah ni sakitnya hati tak tau nk ckp mcm mana. So mai akan jauhkan diri je, biar tak nampak tak dengar tak tahu apa apa dah dari dia. Tu je yg terbaik boleh fikir. Kalau tidak takut terjangkit perangai buruk tu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju mai.. Penat juga kalo fikiran asyik merosot je. asyik2 tak tenteram dengan orang begitu. Lebih baik jauh semana yang mampu. Stay fokus dengan apa yang kita buat. Kadang kala,bila kita terjumpa situasi macam ni, fikiran kita sentiasa dikacau dengan stress yang mendalam.

      Delete
  5. betul tu dear..diam.lebih baik sebenarnya..walaupun kdg2 bukan sennag nak control diri menahan rasa hati membuak2 meluahkan apa yg terbuku di hati ni kepada mereka kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya irda.. memang susah nak luah apa yg kita rasa tak senang tapi ada baiknya juga.. masing2 ada cara yang berbeza :)

      Delete
  6. As for me, tengok keadaan.. Bila perlu, luahkan.. Diam diri bila perlu, bersuara bila dia makin menjadi-jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini cara yang bagus juga... Mula2 dia je, dah makin naik kepala tegur je lah. Tp kalo saya masih lagi berdiam sebab malas nak layan dah orang macam tu. Mungkin maafkanlah kot tapi nak rapat balik, memang susah dah..huhu

      Delete
  7. Biasa nombor dua. Tapi, sekarang ni berusaha untuk banyakkan berdiam je. Cuba sabar and jauhkan diri dr orang yg negatif ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kalau macam tu.. terpulang pada cara awak. x salah kot nak tegur, tapi Kalau pilih berdiam, kita tak payah lagi2 nak binggung2kan diri ngan orang negatif. Sebab ada banyak benda lain lagi kita kena fikir. Tapi kena tahan hati je la.. :)

      Delete
  8. I know that your mom likes purple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, okay itu memang betul.. XD terbaca dri blog nour adieb ke?..hihi

      Delete
  9. Sama macam saya, saya pun pilih no4. Sebab apa? Sebab saya tak suka hidup dalam environment yang terlalu sesak dengan aura negatif. Selagi saya boleh elak dan kawal, saya akan buatkan supaya lebih banyak positif dari negatifnya. Bila saya dah mula menjarakkan diri dan lebih memilih untuk berdiam saja, jangan tanya apa sebabnya. Tepuk dada, sendiri mau ingat. Gituuu... Hehe ;) Spread love and positivity ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan girl... macam malas da nak bersesak2 dengan negatif. Just stay positif.. Memang bunyinya macam penakut skit kalau pilih number 4 tapi kita just tak nak habiskan masa tuk benda macam tu lama2. kalau bertekak, berdendam, sampai bila2 tak tenteram. biarlah yang diatas yang sedarkan. Yes spread love and positivity :D <3

      Delete
  10. rambut sama hitam, hati lain2. kalau sy, pilih no 4. berdiam & menjauh. sampai masa, baru face to face 😏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya hati lain2.. Sampai baru face to face, itu tandanya banyak point da nak ckp. To Kalau saya, mls nak panjang2 g.. Hehe

      Delete
    2. tp kalau x dpt tahan, mmg face to face la tu. kalau tekanan darah masih stabil, buat dont know ja 😂

      Delete
    3. Bahaya kalo dah tekanan darah dah mendidih. Tak blh kawal dah.. Meletus2 jadinya. Hehehe. Tapi lebih janganlahkan. Takut hancur segalanya..

      Delete
    4. tulah, demi kebaikan, kena berpada. nanti lebih2, haru jadinya. makin teruk

      Delete
    5. tulah, demi kebaikan, kena berpada. nanti lebih2, haru jadinya. makin teruk

      Delete
  11. Kalau nak serang dia balik pun tak ada gunanya. Untuk apa merendahkan taraf diri dengan melayan org sebegitu kan? Lebih baik berdiam diri dan menjauh. Yup doa! Setuju sangat. Doa merupakan senjata org beriman! Moga Allah swt pelihara kita dan lindungi kita walau dimana berada. Dun wurry, setuju sgt dgn ayat "what goes around comes around!" =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nadhie.. Moga diperjauhkanlah . Setiap kejadian Ada pengajaran. So biarlah what goes around come around dpt kesedaran sendiri. Itu antara life org tu nak sedar atau tidak, itu pilihan dia sendiri.. Huhuhu

      Delete
  12. Yg 4 pilihan di atas tu saya rasa tak so important. Yg important dgn siapa kita berinteraksi. Biasanya kawan kita. The main isu is our friends. Memilih kawan ni sama seperti membeli bra di supermarket. Kita tak beli semua walaupun semua cantik. Ada bra yg mencengkam, ada yg menghodohkan kita. You choose slowly and carefully, kemudian tengok harga for each before buying. The same way you choose your friends, by looking into their lives carefully, before taking any as a companion, then ketepikan mereka that are not relevant. That's my 10 cents opinion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe betul lah. Kita perlu hati2 pilih kawan. Tapi itu bahaya skg, ada yg tetiba berubah, main tikam blkg. so diatas tu Ada byk pilihan mn yg nak kita buat. Depends on cara kita. Semua orang tak sama..

      Delete
  13. Dulu aku kalau benci dgn org,aku tumbuk aja.Dululah,dulu.Sekarang aku pilih diam.Dan kadang2 aku lebih suka berterus terang dgn benda yg aku tak suka.Aku kebanyakannya diam utk lebih matang.Dalam hidup,apa yg kita kena lawan adalah emosi dan ego.


    Yg benar,
    Sarip Kumbang
    (Kaunselor,penyanyi dan model)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha memang legend la kalo macam tu. Lelaki senang skit main belasah ja. Tapi ppuan ni tak manis pula. Tak pasal2 viral XD Betul, itu yang penting lawan emosi dan ego.. stay cool ~

      Delete
  14. Kalau siqah, depend on keadaan. Baik berdiam dan menjauh tapi kalau dah rasa semak sangat, siqah sembur je kat orang tu. Haha. Zaman sekarang bahaya. Semua benda nak jadi viral. Kadang2 benda tu takde apa sangat pun, bila dah jadi viral, mengundang pandangan negatif orang. Tu yang tak suka. Aura negatif 😵

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. sekarang kalo dah tak puas hati, viral ! Harap kita jangan je tersilap pilih orang kalau nak berkawan. Mulut orang siqah, tak leh nak tutup. apa je yang diupload ke media sosial, kalau tak ngam dihati orang, dengki ke,jelous ke, komfom semuanya jadi negatif je..huhuhu

      Delete
  15. biasalah manusia kan memacam ragam hehe

    ReplyDelete