Gara-gara cuai, maggie pun jadi hitam !



KONGSI CERITA


Aduhai fy, napa juga jadi orang yang cuai ni?
Nasib saya tersedar. Kalau tak memang tragedilah jadinya.. ( ya ampun, jauh2kanlah.)


Ini semua gara2 asyik dok menghadap komputer. Fikir itu, fikir ini, macam nak settle itu, settle ini..klau ikutkan hati, memang tak de selera nak makan lagi. ( Sebab da makan waktu petang) Tapi perut menendang2 dah bagi signal. Katanya " jom la makan maggie".. Mula tu tak nak layan. Tapi perut balik2 berbunyi. Saya tak fahamlah. Napa tetiba perut lapar lagi?


Mau tak mau, saya pun terpaksa ajelah kedapur dan masak maggie. Okay dah siap semua, tggl nak tggu nak masak. 


Saya malas nak tunggu kat dapur sebab nak sambung balik dengan sesi fikir2 dan settle2 tu~ 
Ntah berapa minit kemudian, tetiba saya tercium asap. Tapi yang saya fikir..


"Sapalah yang bakar sampah malam2 ni.." 


Saya pun sambunglah balik menghadap komputer. Selang beberapa minit lagi, saya terasa macam ada kepulan asap dalam rumah . Berdirilah konon saya tengok kat luar, jenguk2 kat mana yang bakar2 sampah tuu~


Dari belakang, saya terdengar bunyi air merci2.. Baru saya teringat !


"Astagfirullahhh..~" Badan ni terus je melaju ke dapur. Tengok sekeliling, dah macam jerebu tebal..! Cepat2 saya tutup periuk. Apa yang jadi?? Air dah tak de. Tinggal MAGGIE HITAM je.. kot itu lah hidangan saya tuk makan malam. Dah lah macam tu, periuk pun  BERLUBANG~




Tapi yaallah, terus tak berhenti2 saya beristigfar. Itulah padahnya kalau CUAI. Dah namanya manusia, nak latihkan diri tuk sempurnakan sikap tapi memang mesti ada yang 'terfail' juga..aduhh~

Pengajarannya disini .....

Bila time masak, fokus pada masak je. Tak payah nak buat benda lain. Kot2 nanti lupa lagi. Tak masalah juga kalau nak masak benda yang nak mendidih,  tunggu tapi buat benda lain contoh tengok tv. Yang penting, jangan terlupa, ingat yang perut lapar . Siok2 tengok tv, makanan pun jadi hitam macam maggie saya..

Peringatan untuk si fify !



Share:

35 comments

  1. Alaa rugi dah maggie tu huhu. Takpelah bukan rezeki nak makan kan. Ibu elsa selalu pesan jugak kalau masak, jangan dok buat benda lain. Kalau dah leka, berlaparlah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... Apalah nasib elsa kalo da bukan rezeki. Diri sendiri punya pasal kan asyik cuai. Ya, betul tu. Kalo masak biarlah berlapar sebab nanti masak pun lupa ingat nak biar mendidih ke tak xD

      Delete
  2. Alah sampai berlubang periuknya. Saya pon selalu mcm ni. Asyik lupa sbb sibuk fikir benda lain. Selalu kalau nak masak atau panaskan apa mmg tak tinggal sbb takot lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah parah kalo masak, fikir benda lain. Kalo tak memang banyak periuk yang berlubang nanti. Tapi baguslah kalau awak x lupa.. Jgn mcm sy ni.. Mmg pgajaran. Huhuhu~

      Delete
  3. hahahha... sambil makanan nak mendidih tu boleh gak main phone kejap, stalk ig kawan-kawan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je pun sebenarnya. Tapi ntah napa kali ni fikiran melayang2 sgt ke Angkasa komputer. Skg dah terkena da, baru nak beringat. Aduhai~

      Delete
  4. Bahaya tu, nasib baik maggie je jadi hitam... lain kali hati-hati ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah syukurlah kan tak de apa2. Nasib maggie je hitam. Anyway thanks. Akan berhati2 lagi lepas ni..

      Delete
  5. Allah... Mujur tak jadi pape yang lagi bahaya. Dah risau dah ni. Alhamdulillah... Take care! Next time, fokus pada masak je k. Maggi tu 5minit je dh siap sedia dimakan, unless tumis bawang tarok telur. Yumms! Hehe 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mujurlahkan tak de apa2 yg lebih memerbahayakan.. Tgk asap da berkepul2 macam jerebu. Risau tul. Terimagine kalo dapur trbakar, jauh2..adeh, itulah.. 5 minit je pun kan, tp inilah ni cuai punya pasal. huhu

      Delete
  6. bahaya macam tu. kena beringat lah lepas ni. mujur selamat semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allhamdullilah ana.. Ya syukur tak de apa2. Walaupun panik je tadi, tapi sekurangnya masih selamat tak de apa yg meletup thanks :)

      Delete
  7. aduhhh, sampai berlobang periuk tu 😱 dan2 je tngk citer korea masak maggi sampai hangus 😂 lepas ni lena selalu beringat. sy pun kdg2 pandai lupa juga ada masak something. nasib baik adik sy jenis yg selalu masuk dapur. kalau x, memang ada adegan periuk berlobang juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.malang periuk satu dah jadi sejarah. Aduhaiii~ jangan biarkan adegan2 berlaku. Bahaya. Tak pasal2 dapur hilang dah gara2 lupa tutup masak maggie. Tak slh kot tgk korea sambil tggu2 masakan tapi tgk da kena macam saya ni, so korang hati2 ye.

      Delete
    2. bukan setakat dapur ja hilang, rumah pun boleh musnah. menakutkan. nauzubillahminzalik

      Delete
  8. lain kali fokus kt satu tempat je... bahaya tu... Sarip baru nk suruh mskkn megi..tp tak apalah..ini semua cobaaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya cobaan.. periuk dah berubang. terfikir mcm mana lagi nak masak maggi nannti. Terpaksa pakai kuali besar aje. Tak dapat dah nak masakan untuk org lain lagi.. awak terpaksa cari lain kot,,huhuhu

      Delete
  9. Alhamdulillah nasib baik takda apa-apa yang berlaku rocky. Jangan banyak berangan dah lepasni hehehe. Syed pun pernah juga la ada pengalaman macamni. Mesti cuak gila kan bila pergi dapur tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa ya tak boleh2 berangan2..payah tu, nanti terbakar dapur.. nasib saya fikir lain time tu. hihihi syed pun pernah ke? tapi nasib tak periuk berlubang macam saya.

      Delete
  10. Syukur nothing serious kan..xper maggi jadi hitam tak per dh mungkin bukan rezeki kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur tak de yang serius juga.. tapi hati dup dap dup dap.. sebab takut je meletup kang.huhu. Apa boleh buat,bukan rezeki saya~

      Delete
  11. Ya Allah sampai hitam maggie tu, dasyat ni Fy...Fify ni rasanya symptom hyperthyroid juga, mai pun selalu juga terlupa macam ni.

    Alhamdulillah semuanya selamat, lepas ni hati-hati ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh mai, jangan lah cakap macam tu. huhuhu minta2 jauh la sakit macam tu sebab saya tak nak sakit2 da.. anggap je memang saya yang cuai. hehehe

      allahamdullilah, semua selamat tapi maggie jadi sejarah, hitam..hehehe

      Delete
  12. Syukur alhamdulillah tak jadi tragedi Rocky cuma tragedi periuk berlubang.. Lepas ni kena berhati-hati jangan leka. Peringatan kepada LZ juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lz.. sejarah tragedi periuk berlubang.. Apalah nasibkan sebab diri sendiri yang cuai. hope jangan je terjadi kat korang. minta dibuang sikap cuai2 tu. :)

      Delete
  13. nasib baik tak apa2. bukan rezeki makan maggie.
    memang manusia cepat lupa, BV pun pernah jadi macam nie, cuma sampai air dah kering dan nasib adik ingatkan T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuhu nasib bv tak cuai macam saya ni. Nasib juga bv diselamatkan oleh adik. yang saya ni, duk sorang kat ruang tamu, tak siapa yang nak bagi ingat. Asap tebal tu je la yang sedarkan saya..

      Delete
  14. Dear.. nasib baik tak jadi apa2. Bahaya kalau melibatkan api ni. Sampai periuk berlubang. Huhu. Next time please tak nak buat camni eh. Manusia cepat leka kalau buat sesuatu. Contoh kata nak online 15 mins je, jadi berjam sudahnya T_T Kisah ni jadi peringatan buat Siqah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u siqah.. Inshallah saya tak macam ni lagi. cuai sangat. saya pun panik dah time tu. Betul T_T itulah kalo boleh janganlah sampai terlalu leka kalau buat 2 benda. fokus akan terlari2. Huhuhuh.. Ya, itu memang betul. bahaya kalo dunia social media. kadang2 2 3 jam berlalu pun tak sedar da. thank beri peringatan ..

      Delete
  15. Ish ish, next time kena lebih alert dan berhati-hati ya. Tengok computer tu boleh, tapi jangan sampai terlupa benda lain. Nasib baik tak jadi apa-apa.

    Ingat, next time you have to be more careful! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks pojie.. Itulah kalo boleh, tak nak menghadap kom da kalo nak memasak. Takut je meletup dapur, masih tak sedar. Gara2 sikap leka, inilah jadinya. memang takut dah~ tak nak leka2 lagi. inshallah ..thanks again. :)

      Delete
  16. Alhamdulillah naseb baik awak tak de pape..peringatan buat kite bersama..

    ReplyDelete