Buat kali pertamanya, 2 aplikasi saya dah masuk dalam google play !




MY PROJECT APP



Allahamdullillah dengan segala urusan yang diusahakan. Akhirnya, percapaian saya yang tak seberapa ini menjadi kenyataan. Walaupun hanya usaha yang taklah sehebat mana , tapi sekurangnya saya berusaha dan banyak yang saya pelajari. Memang ini bukan bidang saya dalam bahagian mencipta aplikasi, tapi tak salah kalo belajarkan.


Oleh kerana saya memang betul2 minat, jadi saya sanggup berusaha dalam mengkaji dan mempelajarinya sendiri. Stress memang stress, payah memang payah, susah memang susah tapi semangat saya tetap berkobar-kobar nak jadikan target saya ini betul2 menjadi kenyataan.


Sebelum ini, saya selalu post kat blog saya dengan macam2 perkara yang berkaitan dengan target, kata-kata semangat dan terlampau banyak fikir sampai maggie hangus ! XD Actually perkara yang saya maksudkan semua itu adalah berkaitan dengan kerja ini.


Sekarang barulah saya bagi tahu apa yang saya buat dibelakang tabir. Saya tahu sebelum ini ramai orang yang fikir macam2 tentang saya (termasuk kawan2,adik2 saya, saudara2) tapi saya tetap teruskan dengan cara saya. Ntah kenapa kali ni, saya yakin ja dengan apa saya buat walaupun dimata sesetengah orang lain akan terfikir yang bukan2.


Mungkin, saya terlalu "diam" bila soal tentang update perkembangan apa yang saya usahakan. Ntahlah, saya lebih suka cara begini berbanding dengan cara dulu, skit2 nak update apa yang saya buat tapi plan tak jadi.  Contoh dulu, saya pernah post kat blog ni ( tapi dah padam), plan nak buat cerita sendiri. Katanya nak aktif kat wattap dan ya, saya ada share beberapa cerita pendek dan cerita bab (Tapi itu pun bab 1 setengah). Sekalinya ia berakhir dengan setengah jalan je atas sebab saya ada kerja lain. Aduh~ ( Tapi saya tak kata cara saya betul, bergantung kepada cara masing2. kita kan memang berbeza2. So terpulang pada kita sendiri nak update atau tidak )
















( Dulu2 saya guna thumnail style macam ni.. Tapi sekarang saya lebih suka yang simple :) )

Apapun2, peluang masih ada nak perbaiki apa yang silap. Yang penting, lepas ni stick fokus pada yang satu je dulu. Bila dah berjaya, baru fikir benda lain.


Btw, Inilah hasil kerja saya. Saya  dah uploud di Google Play.




Secra ringkas saya terangkan, aplikasi saya ni terbahagi kepada 2.



Satu , Jom Belajar Vol 1 - Aplikasi untuk kanak-kanak yang ingin mengenali huruf ABC dan NOMBOR




Kedua, Jom Belajar Vol 2 - Aplikasi untuk kanak-kanak yang ingin mengenali tenatang masa, bulan dan hari.


Saya juga ada buat blog baru khas untuk projek saya. Inshallah, saya akan share2 juga beberapa tutorial berkaitan dengan buat aplikasi. (Jika saya ada masa..)











Oh ya, terlupa nak bagi tahu. App yang saya buat ni, saya guna software CONSTRUCT 2 . Buat game tanpa coding tapi ia sediakan layout ( khas letak reka design) dan event ( khas untuk gerakkan segala fungsi design). Inshallah satu masa nantim saya mahu juga belajar guna javascript dan html.


Anyway untuk pengetahuan korang, pada mulanya niat saya nak buat app game. So ada juga belajar skit2.




( Game ni tak siap g, Just untuk buat testing je ~ )

 Tapi akhirnya saya ubah fikiran. Saya nak buat yang simple ja dulu supaya saya dapat tahu selok belok tentang proses pembuatan, nak tukar jadi apk, dan nak uploud ke google. Ya allah, dengar macam senang, tapi sebenarnya susah ! Banyak kali saya buat kesilapan, banyak kali ada masalah apk, banyak kali ada masalah iklan, banyak kali ada masalah audio.. dan banyak lagi (almaklum,beginner, huhuhu ) Berulangkali saya buat benda yang sama. Tapi saya tetap tak puas hati dan tak putus asa. Saya berterima kasih sangat dengan PAK GOOGLE " dan "PAK YOUTUBE". Hehehe. Dioranglah guru saya. Juga terima kasih kat adik angkat saya sebab tolong buatkan saya logo kucing, :) ( pencinta kucing, hehehe ) 


Lepas ni, ada banyak lagi perancangan yang saya perlu belajar dan buat. Apa perancangan saya? hehehe.. macam biasa, biarlah rahsia. Cukuplah tuhan saja yang tahu. Biarlah kali ni. stress saya  hanya fikir, "HOW TO CREATE YOUR FUTURE"


Btw, kalau ada masa korang datanglah jenguk2follow dan like  kat sini

 Bluelight vida ( Blog )


So siapa2 yang ada anak, adik2 atau anak buah kah, korang boleh download untuk mereka. (kawan2 pun boleh tolong try2..hehee.) Ianya Free download. Jangan lupa bagi rating dan komen di google play supaya saya dapat tahu app ini dapat berkesan dengan baik atau tidak di phone masing2. so far app ni hanya sesuai untuk android ja..


Klik kat gambar ni 



Dengan rasa rendah diri, saya berterima kasih banyak2 pada siapa yang download app saya yang sederhana ni.~




Share:

67 comments

  1. Wow! It's such a great achievement dear! Bukan senang nak upload app sendiri kat google app! Congrats dan good luck in your future planning 😊👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u girl. Ini cuma baru permulaan. So saya tak leh gembira sangat sebab banyak lagi nak buat. tapi Inshallah tetap stay motived dan terus berusaha. :D

      Delete
  2. Wah diam-diam berisi rupanya RS ni... bagus dan tahniah ya... nanti saya cuba download, space phone ni limited... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih azlan. Kalau ada apa yang tak okay, comment je kat sana. Inshaallah saya akan belajar perbaiki mana yang silap. :)

      Delete
  3. Woww, terbaik sangat. Saya dulu ada jugak upload apps kat Googleplay, tapi kerja group dan atas bantuan lecturer. So, paham sangat kesusahan nak buat apps tu, walaupun nampak macam simple apps je. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ana.. awak pun ada uploud juga? Kalo nak letak kat google play ni perlu bayaran sekali 25 dollar tapi nasib buat bergroup, senang nak kongsi. Boleh saya tahu apa app yang kamu buat? Mana tau nanti blh juga try download :)

      Delete
  4. Tahniah dear. Bangga sangat dengan awak. Semoga terus maju ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u ana. Inshallah semoga semuanya berjlan lancar :)

      Delete
  5. Wahhh hebatkan kamu.. tabik tabik. Nanti Mayy downloadkan untuk anak buah & komen ok...

    Btw,banyaknya karya kat Wattpad, mai nak habiskan satu novel pun terkedek2. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga hebat mana. Masih beginner juga. Penulisan pun masih banyak nak diperbaiki. cerita pula pendek2. Terima kasih mai sebab bagi support. :D Kalo mai ada buat cerita di wattap, sharelah. nanti ada masa saya baca

      Delete
  6. waaaaaaaaa hebatnya!!! walaupun tak tahu proses nak buat dia macam mana. Tapi saya tahu mesti susah ni nak hasilkan satu apps lengkap macamni. Tahniah! selamat maju jaya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah jugalah kalo masih beginner nak buat. Tapi allahamdullilah dapat juga buat sampai tahap macam ni . Thanks syed :)

      Delete
    2. Dia kena design satu2 ke? maksudnya gambar dia semua tu is it in jpeg ataupun format lain?

      Delete
    3. Actually ni software tak terima jpeg. Ia terima png. kalo audio pula, ia terima ogg. Bila da kumpul data pic dan audio, baru design di layout. kemudian, barulah awak create event untuk jadikan png dan audio berfungsi.

      Delete
    4. Ohhhhh macam complicated juga tu heheh tapi menarik! rasa teringin pula nak belajar.

      Delete
    5. Tapi kalo betul2 minat, inshallah akan jadi mudah.Cubalah syed. belajar perlahan2 :)

      Delete
  7. Replies
    1. Tak hebat sangat. banyak g nak belajar. apapun terima kasih farah :)

      Delete
  8. Hebatnya awak. Saya bangga ada orang yang tak kenal erti putus asa.

    Dulu saya nak sangat cuba buat apps kat goole play.. Tapi tak tau macamana nak mula :(

    Saya doakan kejayaan awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham perasaan awak sebab masa mula2, saya pun ada masalah macam apa yang awak fikir. tak tahu kat mana dulu nak buat. Kalau awak betul2 minat, mulakan step dengan try guna mana2 software yang awak selesa. sekarang banyak je yang boleh buat app tanpa code tapi still perlu rujukan sebab agak susah juga nak faham sendiri. Bila da search, try buat, barulah awak decide plan bertulis nak start apa yang perlu buat.

      Anyway thanks dengan doa awak, :)

      Delete
  9. hebatnya self-taught benda mcm ni. CONGRATULATIONS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini hanya permulaan tapi apa2pun thanks nurul ~

      Delete
  10. Tahniah..dalam diam berusaha mencapai apa yang direncana..dalam diam membina apa yang diminda..moga terus bersemangat dan tidak berputus asa.

    ReplyDelete
  11. Allahamdullilah terima kasih. Inshallah akan tetap terus berusaha sebab inilah yang bakal mjadi masa depan saya. Apa2pun saya tetap perlu banyak mgali ilmu dan berusaha.

    ReplyDelete
  12. omg, comelnya!! hahahaha. nicely done :D nanti saya suruh adik try macam mana and kasi review okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks amy sebab bagi sokongan. Kalo ada apa2 masalah, awak boleh komen je kat google play :D

      Delete
  13. wahhhh tahniah. BV tau bukan mudah nak build satu app nie. :D
    such a great achievement, happy for you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u bv. Ia memang bukan senang nak buat. Allahamdullah app tak lah seberapa tapi thanks again :)

      Delete
  14. Wah, tahniah! Bangga sebab tahu sangat nak buat apps ini bukan la satu proses yang mudah. Kena ada ilmu dan kesabaran yang sangat tinggi. You've done a good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh tak sangka juga awak komen kat sini. saya pula lebih kagum kat awak sebab pgalaman awak psl travel mmg luas.ada masa sy nak jenguk2 kat blog awak lagi . Saya suka dgr org pglmn org travel. ( hanya mampu berangan je kalo nak jadi mcm u guys p travel :( ) Hehe anyway thanks. Saya ni tak juga bangga sgt app yg dibuat sbb masih beginner. Tapi rasa bsyukur dpt buat semua ni. Thanks again :)

      Delete
  15. wow! keep it up girl.. such a good achievement

    ReplyDelete
  16. wah tahniah awak ! this is a great achievement ! sangat comel heheh

    ReplyDelete
  17. wahhh , bila baca ni rasa kagum gila sbb ada kenal blogger yang boleh wat apps kat google play,

    good luck ye. nanti CR download

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak delah cik renex.masih beginner. Banyak lagi nak diperbaiki dan dipelajari.apa2pun terima kasih dgn sokongan awak :)

      Delete
  18. Tahniah.. awak memang hebat. Jarang orang yang berbakat macam awak. Selamat maju jaya dan semoga Allah memberkati usaha awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih iskandar. Eh, tak delah hebat mana. Banyak juga yg blh buat app.saya ni masih beginner. Apa2pun terima kasih atas doa awak. Inshallah saya akan teruskan untuk brusaha buat app yg baru..:)

      Delete
  19. Good luck RS. I actually love your story terutamanya part plot twist. Cant remember the name tapi pernah baca d blog ni suatu masa dulu. keep up the good work girl. I feel you about just talk no action habit. Me myself pun sehabis baik nak buang habit tu. haha. sbb masa mmbuat ku smkin malas. haha.

    apa pun all the best and tahniah for ur app. ^^

    ReplyDelete
    Replies

    1. Eh, awak masih ingat lagi? Tak sangka..hehehe masa tu, penulisan saya pun kurang menarik rasanya. Tapi syukurlah ada juga orang sudi baca. Ya itula... huhuhu.. kadang mmg payah nak control habit yg x baik. Tak pe girl, kita sama2 cuba buang habit tu ya. Apapun thanks ya.. inshallah saya akan usaha lagi :)

      Delete
  20. tahniah awak, hebatnya, teringin nak buat cam awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Kalau minat, cubalah belajar yang simple2 app je dulu. saya pun belajar dari bawah ~

      Delete
  21. RS, sis bangga dengan awak dan... sis rasa macam nak teruskan penulisan pula sebab tercabar dengan kesungguhan RS ni. Keep it up my dear. kami semua sokong u

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. Kalau itu memang satu aura kuat yang akak nak buat, jangan berhenti. teruskan saja :) kesungguhan saya dalam penulisan saya dulu , hanya setengah jalan je tapi saya masih simpan karya2 yg saya buat. Inshallah saya ada plan macam mana. Terima kasih dengan sokongan :D

      Delete
  22. tahniah, RS seorang yg kreatif 😄 bersemangat tinggi dlm merealisasikan minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Masih banyak lagi yang perlu saya kena belajar. Tapi inshallah akan terus berusaha..hehe

      Delete
    2. yeahhh,chaiyok chaiyok 💪💪💪

      Delete
  23. Tak payahlah saya komen sebab dah ramai yg komen. Saya komen entry kamu yg lain nanti.

    Bolehkan?

    Apa2 pun tahniah dapt membuat saya baca hingga habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay mana2 aja. Tak komen pun tak apa. Hehehe. Anyway thanks sebab baca sampai habis.

      Delete
  24. Best nya.mcm mana eh nk wat apss then upload di google play.mcm menarik bunyinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat website, ada banyak kemudahan nak buat app tanpa coding. Ada yang buat tuk game, ada yang buat tuk app social media contoh macam saya guna construct 2. Atau kamu boleh belajar di stencyl, gamemaker. Tapi kalo plan nak buat app yang expert, guna coding javascript. :)

      Delete
  25. wahh.. tahniah! tahniah berjaya hasilkan apps. Selalu lelaki je kan yg minat benda2 gini. bagus teruskan usaha k! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mojariti saya nampak memang lelaki yang selalu minat nak buat app tapi.. tak tahulah kalau kat luar negara, mmg banyak juga wanita yang pandai buat app. Thanks nadhie~! :D

      Delete
  26. wah.. aku bangga la... dulu aku ada jugak nk try buat.. tp xpndi lah.. gud job....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama ja macam kamu. saya memang tak pandai bab2 app, tapi kalo minat, tak da masalah kot belajar perlahan2. anyway thanks :).

      Delete
  27. Alhamdulillah, what an achievement! Tahniah!!! 😘💕
    Takpe, untuk permulaan kan bertatih-tatih dulu bersusah-susah dulu... Keep up a good work! You go, girl! 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh betul tu.. Memang semua ni kena sabar dan bersusah dulu baru bersenang kemudian. Inshallah tak kan putus asa, anyway thanks :)

      Delete
  28. waa.. terbaik nih.. tahniah !! mungkin pada permulaan susah bagi adik.. lama2 nanti mesti okay.. hee~ tetiba kakak bangga plak.. eh !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak... memang itulah selalu orang lalui kalo nak ada target buat semua ni. allahamdullilah skg da tau skit2 da selok belok nak buat app. thanks kak :)

      Delete
  29. Good achievement, kita nak buat photoshop je ni pun dah nanges hujung katey hehe apapun good luck dear:) proud to have a blogger friend

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe memang dulu pun mcm juga. first2 payah nak guna photoshop. Tak apa, kalo awk terus blaja, semuanya akan jadi mudah. Anyway thanks ya. wish luck for u too :)

      Delete
  30. WOW! hebtanya buat apps sendiri

    ReplyDelete
  31. Bagusnya.. tak sangka sangat.. idea dan usaha yang sangat astounding. Good job Rocky. Would recommend this to others. All the best :)

    ReplyDelete