Pengalaman kawan baik sendiri hantar sihir




PERSONAL LIFE



Betulkah dengan label nama "kawan baik" ni, bermakna kita boleh percaya dia sampai mati. Kalau hubungan dah mencecah 10 tahun keatas, mesti kita pun kata


" Aku dengan dia ni dah lama berkawan., 10 tahun. Biasalah ada gaduh2 juga sebelum ni tapi sampai sekarang, kami masih tolong-menolong dan percaya antara satu sama lain."

Kann..kan..kan.. mesti jawapan macam ni..


Sebenarnya saya ni pun memang sanjung sangat dengan perkataan BESTFRIEND. Rasa relationship macam ni, sweet. Tak kiralah dengan perempuan ataupun lelaki. Masa zaman sekolah menengahlah, paling banyak pengalaman berbestfriend secara berkumpulan dengan kawan perempuan. Ada yang bertudung, ada yang bukan muslim.  Seronok sangat bila ada kawan yang perihatin kat kita, luang masa kat kita, ketawa sama2.


Malangnya dulu saya ni tak pandai bergaul. Pendiam pula tu~. Tapi bila kawan bawa bercerita, sayalah orang yang menjadi pendengar setia. Disanalah juga baru saya pandai buka mulut tapi itupun saya lebih suka bertanya soalan berbanding bercerita tentang kisah hidup saya pada mereka. Mungkin saya memang tak pandai bercakap dengan orang, ayat pun mesti tersekat2. XD ( Sekarang taklah macam tu.hehehe..)


Tapi sekarang semua tu jadi kenangan je. Kenapa? Sebab perkataan BESTFRIEND ni dah jadi bahaya pula bagi saya. lol..dulu kata sweet. Sekarang dangerous~!


Awal cerita, mula2 je semuanya baik, last2 watak sebenar fake kawan tu dah nampak tembelang. Tak larilah dgn sikap tikam belakang. Tapi bila da balik2 kena benda yang sama, saya pun naik jera da..So saya pun stop da nak ada BESTFRIEND2 ni lagi. Saya lebih pilih untuk bersendirian dan menjauh dengan orang yang negatif. Bayangkan orang yang lukakan hati kita, kita pula yang fixkan hati sendiri. :(


Tapi yang paling saya tak boleh lupa satu pengalaman ni,  kawan rapat sendiri  main "guna-guna" atau sihir hantar kat saya.. !


Padahal kami rapat, Selalu meluah antara satu sama yang lain, selalu ketawa sama2. Tak sangka kawan rapat busuk hati kat saya. Saya nak kongsi cerita kat sini tapi susah.. panjang sangat.  Lagi pun tak tahu nak cerita dari mana dulu. Tapi saya cuba ringkaskan cerita ni.



Okay kisah ni masa saya ambil kursus dulu. Kat kelas, saya selalu rasa pelik2 kat badan saya. Setiap kali datang ke kelas, mesti badan dibelakang saya rasa panas. Then kalau duduk kat rumah pula, saya selalu emosi tak tentu. Selalu stress sendiri2. Satu masa saya dapat mimpi pelik. Mimpi pertama, saya bermimpi kawan rapat saya ( saya panggil dia N), dan mimpi kedua pula saya mimpi kawan si N.


 Saya nak huraikan cerita pasal mimpi ni tapi panjang. So saya hanya bagi ringkas, apa yang saya mimpi, dalam mimpi pertama, si N macam nak bunuh saya sambil bagi senyuman jahat, tapi saya terselamat bila saya sanggup terjun dari luar bilik. Saya kata "saya redha". Ingatkan saya dah mati, tapi  tak sangka saya boleh terbang. Terus saya rasa bersyukur dan sebut nama kalimah tuhan berkali2. Dalam mimpi kedua pula, saya berada dalam kereta si kawan N. Saya tanya nak p mana. Terus dia menghadap saya sambil baca something, rasanya jampi. Saya pun cepat2 sebut nama allah sambil sebut beberapa zikurrullah. Bila dah dapat bangun dari mimpi tu, terus saya kena tindih pula.


Mula2 bila dapat 2 kali mimpi macam, saya masih tak nak syak bukan2 kat kawan saya tapi perasaan tak sedap hati tu makin menebal. Akhirnya, tak sangka tuhan nampakkan perbuatan dia yang mencurigakan yang dia cuba nak baca something kat air botol saya. Katanya dia nak minta air minuman saya. Saya bagi juga. Ntah kenapa kali ni mata saya nak memerhatikan dia je, Ternampak mulut dia macam bergerak2 menunduk ke botol air saya tapi badan dia menghadap dinding membelakang saya. Nasiblah saya pandai coverline yang saya pura2 buat tak perasan. Bila sampai rumah je, saya tak minum air tu dan terus buang air kat dalam longkang .

Tak lama kemudian, ada satu masa tu pula saya jatuh pengsan kat kelas. Itu memang teruk. Muka saya pucat, lemah. Time ambil test lagi tu.~! So saya pun rasa tak tahan da, macam2 pelik berlaku kat saya.(hanya saya ja yang perasan) last2 saya ambil keputusan nak pergi berubat. Kali ni, saya tak bagitahu dengan si N yang saya p berubat. Biasanya sebelum ni saya selalu luah apa masalah saya, apa saya buat saya kat dia.



Tak sangka, bila berunding dengan pengubat tu kata " Kau da tahukan siapa orang tu." Saya kata iya. Saya pernah mimpi pelik pasal dia dan pernah nampak macam dia nak baca2 something kat botol air saya. Dan tekaan saya tepat. Memang dia orangnya. Betullah mimpi yang saya dapat tu. wallahualam.. ~ Dia kata orang tu selalu rapat kat saya, tapi bukan hanya dia ja, ada lagi satu orang kawan dia. Saya terkilan . Kecewa sangat2..

Apa motif dia buat semua tu?  Kalau kawan sendiri dah jadi busuk hati, tak lari kes dengki :/ Padahal sebelum ni saya selalu tolong dia, dengar masalah dia.. Ntahlah..


Berbalik pada perubatan, Kalau saya tak silap, saya berubat ni guna cara perubatan kampung.
Pak cik tu ada kata
"Kamu jangan bimbang. Kalau dia menghantar "benda" tu lagi, dia tak pergi tempat kamu. Dia datang kat tempat saya dulu". Saya pun iya2 jalah.


Pada esoknya, saya dengar cerita dari kawan kelas yang ada orang hantar ular dalam perut si N. Saya tercengkang jugalah dengar cerita tu. Padahal masa saya berubat, saya hanya mahu berubat saja. Dan walau saya dah tahu siapa orang tu, saya tetap berdepan dengan si N dengan sabar. Saya tak minta pun suruh balas balik ke atau apa.. Tapi tak sangka pula si N terima berita macam tu. Wallahuallam.. mungkin itu antara si N dengan pak cik pengubat tu., tak tahulah.~

Tapi sekarang tak bercontact da dengan dia lepas abis ambil kursus. Saya tetap sanggup abiskan kursus tu walaupun saya alami sakit2 pelik.

Cerita ni bila saya kenang balik, perasaan  kecewa dan sakit hati tu memang masih ada lagi sampai sekarang tapi saya tak lah berdendam. Biarlah tuhan yang tentukan. lama kelamaan, saya terima juga kejadian tu. Mungkin memang itu dah tertulis satu dugaan untuk saya.


Dari kejadian2 pahit nilah yang banyak mengajar saya untuk berhati2 dengan sesiapa saja apalagi namanya kawan~! Baik kawan dengan kucing ajelah lagi bagus.. hihihihi
 

Share:

53 comments

  1. Mesti dia ada dengar cerita ada orang suka kat awak tu, dan orang yang suka kat awak tu, dia pula suka... hehehe... apa pun sabar ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu kah tu?... Saya tak tahu apa2 ni. Yang saya tahu saya tolong dia lagi supaya dia dapat bersatu dengan orang yang dia suka tu :/

      Delete
  2. Mrs. A pun ada pengalaman kawan baik tikam belakang.
    Tapi Allah maha adil.
    Sekejap aje Allah tunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah.
    Tapi itulah sejak dari peristiwa itu Mrs. A tawar hati dengan dia dan tak nak rapat sangat sebagaimana sebelumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pilih jalan macam tu. Tak nak contact n rapat kat orang yang pernah tikam saya, Untuk sebagai berjaga2. Orang boleh ulang balik kesilapan yang sama kalau hati masih lagi hitam..

      Delete
  3. atas muka bumi ni bukan semua manusia baik sebab itu Allah ciptakan syurga dan neraka. Orang buat jahat dengan kita selagi kita boleh sabar, kita sabar.. janji kita sendiri tak lupa pada Dia... jangan serik berkawan, tak semua kawan itu mengecewakan.. kalau susah juga kawan je dgn kami di blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih girl.. Saya hargai kata2 diatas. Saya selalu jumpa orang yang salah, yang selalu akan kecewakan saya tapi saya dah banyak belajar dari semua pengalaman pahit ni. Perasaannya lebih baik dari yang dulu. Jadi kalau berlaku lagi, saya tetap bersedia. Ya saya percaya tak semua orang macam tu tapi saya tetap berhati2. manusia boleh berubah. Lagi mengejutkan, orang yang sihirkan saya ni memang nampak baik, bertudung, solat. Tapi tak sangka..~ dunia selalu penuh kejutan..

      Delete
  4. initially, i was hoping that you were writing some story or something. sedihnya kawan sendiri, even kalau tak rapat sekalipon it would still hurt so much.

    #randomblogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang tu kita tak rapat sangat, memang rasa sakit. Tapi inikan pula kawan baik, bukan stakat kecewa teruk malah buat kita hilang kepercayaan dengan orang lain~ huhuhu

      Delete
  5. ya Allah, sampai begitu sekali. hmm minta dijauhkan lah kita semua dari orang-orang begini :(

    sebab tu saya tak pernah ada bestfriend sampai sekarang ni. huhuu. saya selalu anggap seseorang tu bestfriend saya tapi end up orang tu rupanya yg paling kerap mengutuk saya di belakang. sobss. dah serik dah nak ada bestfriend ni.

    btw, dah daftar untuk kad debit baucer buku? kalau belom jom bace entri baru di blog Fie utk lebih lanjut! ^^
    http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2017/02/tiada-baucer-buku-lagi-di-tahun-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah manusia.perlahan2 berubah. Tak apa kalo tak ada bestfriend tapi sekurangnya ada kawan biasa. tapi kalo kawan biasa pun berperangai, jauh2 kan lah diri. Sekurangnya bersyukur dapat merasa nikmat kawan yang buat baik dengan kita walaupun sekejap..huhuhu

      Delete
  6. Sedihnya rocky kalau kawan baik sendiri yang buat macamtu. Idk what to feel If I were you. Betul lah orang cakap, rambut sama hitam hati lain2. Nampak baik belum tentu baik. Manusia memang tak lari dari dengki dan khianat. Tapi macam mana tergamak buat dekat best friend sendiri macam tu? Saya harap rocky sentiasa sabar dan memohon perlindungan daripada Allah. Seram pula baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih syed.. Iya saya pun speechless bila tau hal ni. kalau jadi bahan kutukan, sindiran oleh kawan sendiri, dah biasa bagi kita. itu normal. tapi masalahnya ini perbuatan terlalu teruknya rasa. Boleh bawa mati kalo ada yang menyihir cara lebih kasar. Nasib saya berubat awal2. kalo tak ntah apa jadi.. So hope kamu pun sentiasa berhati2 dengan orang.. Semuanya tak nampak disebalik topeng manusia.

      Delete
  7. Ya Allah takutnya kalau ada kawan macamtuh. itu semua punca dengki lah tu sis. bersabarlah ye. orang yang suka menghantar benda bukan bukan nie lebih percaya iblis dari Allah. Dia dah tak boleh lawan dengan perasaan hasad dengki dia tu. banyakkan solat dan mintak perlindungan ye In Shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih shaidatul. Memang itulah perangai paling famous kalo yang hatinya da hitam huhuhu.. Bila dah macam tu, sanggup buat apa ja supaya dia puas hati nampak kita jatuh.. Harap kita semua jauh dari orang macam tu..

      Delete
  8. Saya pernah ada 'kawan baik', rupanya hanya saya yang anggap dia 'kawan baik', tapi dia tak pun,cuma mahu gunakan saya, semuanya terbongkar masa hari terakhir di universiti (semester akhir), hancur gila hati saya.

    Sejak tu saya kena lebih berhati2, jangan mudah percaya lagi dengan orang.

    Tapi kes kawan baik awak ni,seramnya, kenapa dia sampai sanggup buat macam tu, tak takutkah azab Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh... saya faham tu perasaan noor bila dah dapat kawan macam tu..~ Syukurlah dia tak apa2kan awak dengan perbuatan terkutuk macam saya kena ni. Itulah saya semakin berhati2 sekarang ni. Kena bersedia awal2. Saya pun heran, kenapa orang sanggup buat kerja macam tu.. diorang tak fikir yang benda2 macam tu boleh "makan" hidup dirang balik..

      Delete
  9. Allahu..takutnyaa bila baca entri nieyh.. kawan baik or rapat mcm mana sekali pun ..kita tak boleh cerita something kita rasa about diri kita 100% kat dia kn ..alhamdulillah setakat sekarang CCL Dijauhkan bjumpa dgn kwn yg sbegitu main2 sihir ni ..mnta dijauhkan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Jangan cerita hal2 kita sangat dengan orang tu.. Silap saya juga. kadang2 ada setengah cerita yang saya kongsikan dengan dia. sebab kepercayaan saya mula naik balik, rasa dia memang kawan baik. Tapi aduhai, manusia~ :'( apa2pun amin.. minta kita semua tak terkena kes macam ni

      Delete
  10. Ya Allah sedihnya kawan rapat buat kita macam tu :( Semoga dijauhkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Memang mengecewakan. Amin..minta diperjauhkan,~

      Delete
  11. Ya Allah.. Memang tepat la time saya baca nih.. Pkul 1 pagi.. Seram sejuk pulak haihh.. Tp itulah orang sekarang.. Apa yg kita boleh buat cuba elakkan diri dari jadi macam orang tu dan sentiasa kembali ke jalan Allah. Insya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmm, walau macam mana pun kita nak mengelak, tapi tetap juga jumpa orang macam ni, kira dah takdir kita tuk terima dugaan. Tapi seeloknya betul awak cakap, cepat2 lah kita mengelak..huhuhu

      Delete
  12. Allahu Akbar..Semoga sis tabah dan sabar dalam hadapi ujian ini dan harap selepas ini sis berhati2lah dalam berkawan dan berbicara.. Bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain.. Salam ukhuwh dari new follower #104 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik... Itulah akak mmg start da berjaga2.. :)

      Delete
  13. Cerita pasal kawan tikam belakang, sy pun dah pernah mengalaminya, dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Skrg sy lebih byak bersendiri, bukan x nak berkawan tetapi lbih kpd berhati-hati memilih kwn.

    Apapun, hati2 ja ya dalam memilih kwn ataupun ceritakan perkara peribadi dgn org lain, kdg ada org yg cuba mengambil kesempatan terhadap kebaikan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan awak tu sama mcm sekarang yang saya tengah buat sekarang, Better to be alone daripada kawan dengan orang yang tak tahu nak hargai orang. Kali ni mmg saya susah dah nak berbual banyak pasal diri saya dengan orang. Mesti nak scan dulu. tapi so far, mmg tak dah.. moga kita dijauhkan dari orang yg mcm tu ~

      Delete
  14. Allahu.. Macam-macam perangai manusia, moga kita terlindung dari sifat terkutuk tu. Seeloknya jumpa ustaz yang amalkan perubatan islam kalau jadik macamni. Lebih dipercayai. :) Moga terus kuat sis! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik.inshallah terus kuat. ya akak pun lebih percaya kepada ustaz tuk berubat tapi dah parent bawa p berubat kampun, akak ikut ajelah..

      Delete
  15. Mintak dijauhkanlah dengan perkara macam ni.. seram betul. Alhamdulillah awak tak apa2.. saya ada jugak kawan baik, walaupun dia tak anta sihir tapi dia suka mengutuk saya dan buat perangai tak matang.. saya lebih selesa menjauhkan diri.. tapi dia kata saya sombong pulak.. adoi pelikk.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk tu kawan yang suka kutuk depan2.. kalau saya , dah lama menjauh~! Tapi syukurlah awak tak kena macam ni.. amin, minta kita diperjauhkan orang mcm tu..

      Delete
  16. dah bnyk kali jumpa kwn yg tikam blkg ni. nasib baik takda yg buat perkara yg menyekutukan Allah. tapi, mmg fed up la dgn jenis kwn yg mkn kwn ni. sampai skrg, kalau bjumpa buat biasa ja. takda lah mau layan lelebih ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sada baiknya janganlah lagi dekat kat orang tu. sebab takut nanti dengki orang tu makin menjadi, situlah hati tambah hitam.sampai sanggup buat macam2 yang tak baik supaya tengok kita sakit..huhuhu

      Delete
    2. bila hati telah hitam, semuanya tertutup �� moga kita dijauhkan dari perbuatan yg blh mensyirikkan Allah, ameeen

      Delete
  17. Allahu... Sedihnya baca... 😢
    Tergamak ye kawan baik sendiri buat macam tu. Serious sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara dah jadi biasa sekarang ni ana.. macam susah dah nak percaya erti nama kawan ni..

      Delete
  18. Dah macam horror story pulak, seram sejuk je bila baca pengalaman awak ni. Yelah, kita ni, jangan terlalu percayakan orang walau rapat macam mana pon dia. Yang ada pertalian darah pon boleh tikam belakang, apatah lagi yang entah sapa sapa tu. Semoga kejadian ni dijadikan pengajaran untuk awak dan saya sendiri, dan semoga ia takkan terjadi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya allah... Rasanya saya boleh terima kalau kawan baik atau ntah sapa2 yg mahu buat macam ni tapi kalau pertalian darah, allahh... minta2lah jangan.. Ya moga kita diperjauhkan dari kejadian macam ni. ~

      Delete
  19. Semoga Allah lindungi kita dari kawan yang tikam belakang macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...moga tak jumpa lagi orang macam ni...

      Delete
  20. allahu! sedihnyaaa. kawan baik sendiri kot. maigod!! kawan baik sendiri. kawan yang selama ni kita percaya, share everything, tak sangka penyudahnya macam tu. good thing you tahu awal2, kalau tak lagi teruk kot dia buat. haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah girll... bila dapat tahu hal ni. perasaan kecewa tu tak dapat digambarkan.. kecewa sangat tapi saya sabar dan berdiam ja. Inilah pengajaran yang saya belajar, dont trust people 100%

      Delete
  21. allahu. mintakla kita semua dijauhkan dari benda tak elok macam ni. zaman sekarang ni macam2. astaghfirullah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak... macam2 dah.. guna cara moden, guna cara zaman dulu2.. macam2lah. kalau dah ada hasad dengki, memang beginilah jadinya, nak jadikan kita sakit.

      Delete
  22. Adehh mintak dijauhkan bende2 camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn... minta dijauhkan buat kita semua ..~

      Delete
  23. WHY? I want to why she did that

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntahlah puteri.. mungkin kes dengki.. tapi apalah yang nak didengkikan sangat dgn sy ni.. :/

      Delete
  24. Allahu..menakutkan kawan macam ni. Lebih baik takde kawan baik kan. Semoga Allah lindungi kita semua dan dijauhkan dari perkara-perkara yang tak diingini berlaku.. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. lebih baik tak da kawan daripada ada kawan tapi main kotor kat belakang..huhuhu amin.

      Delete
  25. hi, dear ... baru terjumpa blog awak dkt blog kawan saya siqah trus follow awak and baca this entry.

    Oh my, sedihnyaaaa bila ada kawan baik yg kita trust suddenly buat kita mcm nie.

    Betul lah peribahasa " rambut sama hitam , hati lain-lain " .

    Insyaallah dear awak akan jumpa kawan baru yang terbaik nanti . Amin.

    Btw, salam perkenalan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nadiah.. Lumrah dunia banyak perkara yang mengejutkan. Inikan lagi soal kawan.. Amin.. mogaan2lah kali dpat kawan yg boleh dipercaya tapi buat setakat ni, saya lebih suka bergaul2 dengan sesiapa je.

      Anyway Salam perkenalan juga :)

      Delete